jodoh itu misteri
letaknya ditangan hakiki
dan bukan manusiawi
hidup bukan tangan kita untuk menentu
jatuh hati adalah jatuh hati
jatuh hati setelah tahu dia sudah berpunya
jaTuh hati, sebelum tahu dia sudah berpunya
jatuh hati namun berpisah keranan hatinya sudah berubah
jatuh hati, berpisah, dia ketemu teman baru, namun kita masih terus jatuh hati
sakit bukan?
mengetahui orang yang kita kasihi
terikat dengan yang lain
sakit yang amat luar biasa sekali
lantas serta merta kita tegah hati
jangan sayang lagi.
tanya hati kenapa?
kata diri jangan
tanya hati kenapa?
kata diri jangan!
lebih mudah berhenti mengasihi
jika punya modal untuk membenci
tapi dia sempurna seba serbi
kerna itu kita mengasihi
jadi satu cara memboloskan diri
redha dan berserah
betul-betul berserah
bukan pada mulut, tapi pada hati
ia punya beza yang amat besar sekali
hanya bila ia terjadi pada hati,
kamukan tahu bezanya nanti
jadi terpulanglah
ya
saya tukang berserah
tukang sujud
tukang redha
tukang tadah
dan ianya ketara bila saya paling susah
3 comments:
ini bagus!
masih baru belajar,terima kasih =]=]
tak apa, yang penting jujur dan pentingkan kualiti.
sekarang ni terlalu ramai yang mahu menulis
Post a Comment