November 16, 2010

STESEN KERETA API..




jika diberi pilihan tidak mahu menjengah kesitu
itu tempat ucap selamat tinggal
atau boleh jadi tempat untuk berjumpa semula dengan orang yang dtinggalkan
tapi berapa ramaikah  yang kembali dengan hati yang sama sewaktu berangkat pergi?
jumlahnya boleh dibilang dengan jari jemari

mungkin tempat itu badi
dan sangat harus dijauhi
bagi dua hati
walaubagaimanapun tempat itu nostalgia sekali
punya rasa yang tiada galang ganti
hiba yang tak terperi
oh tuhan,terima kasih kerana hadiahkan aku
moment yang mahal tak terbeli.





No comments:

All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.