Showing posts with label bintang. Show all posts
Showing posts with label bintang. Show all posts

September 10, 2012

bintang (iii)(akhir)


bukan mahu aku
bikin cahaya kau
kelam,
suram,
jadi pergilah bintang,

pergi...

tempias gemilang kau
masih dapat aku nikmati
walau dari kejauhan malam


August 25, 2012

#sayang,puisi yang tak sampai


walau sepulau titis air mata aku yang kau undang
walau tegang leher yang mendodoi lena saban malam
walau berekar-ekar benci yang cuba di kambus tanam
walau jauh kita dari pandang
walau kita sudah belain sekarang

kalau bisa sayang,
mahu aku tempik kan ke semua

yang dihujung setiap malam
masih kau
yang aku rindu
dan akan sentiasa begitu


August 24, 2012

sebenarnya



walau apa yang bakal dia bilang
jiwa aku telah dulu pergi
sebelum tiba hari ini.




August 22, 2012

aneh


yang mana aku kejarkan -- lari menjauh
yang mahu aku tinggalkan -- mengekor rapat

berat...berat

August 17, 2012

tolong...
bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta kekasih lama
bohongi aku tentang senyum mu serta bicara kita hanya pura-pura

tolong bohongi aku,

kerna aku telah dulu cuba begitu...

August 5, 2012

faham *barangkali

dan dia tutup rapat-rapat mata
sambil menghela nafas
melepaskan beban rasa
yang akhirnya membuahkan air jiwa

May 30, 2012

dari hari mula hingga hari akhir (esok)


Mustahil terbeli hati,
dengan jambangan yang menyapa pagi.


teguh pegang dalam diri, ya

May 7, 2012

kedelapan

meski tiga ratus lapan puluh beda,
itulah rencah perasa
moga terus gagah
berdua.

April 21, 2012

byhand


untuk gerak anjak angka
moga dipermudahkan segala,
dipanjangkan usia,
dikenankan apa yang diminta.


April 7, 2012

ucapan tertunda


dan terlihat aku,dia
menongkat diri di balkoni
melihat lukis langit yang tercalit awam,
bercanting bintang  yang selalu bisa bikin hati senang-tenang.

dan begitulah disetiap malamnya
ditemani bintang--walau kelam, walau terang.

tetapi malam ini
balkoni itu suram, tanpa bintang
dan dia tetap menongkat diri di balkoni
mengandaikan kehadiran bintang
meraikan purnama enam.


March 16, 2012

darat kebumi


sedang terkepung dalam kerinduan yang meratah diri pelahan-lahan.

February 27, 2012

halimunan


dan bila halimunan itu yang menjadi lawan,
mana mungkin yang menang itu aku

February 7, 2012

selepas tujoh


untuk lima purnama pahit manis bersandar antara kita, terima kasih ya



February 6, 2012


dalam gumpal kertas semalam
yang rabak, lencun air mata.
ternyata,
masih tersurat senyum didalamnya

buat kita.


February 5, 2012

kita


dan bila sampai saat rapuh
aku harap kita kekal teguh.




January 23, 2012

ah, kau si pengarang cerita


haruslah yang dongeng jadi nyata
yang biasa jadi bermakna
bila kau itu si penceritanya.

dan,
aku pilih untuk percaya,
dan tetap akan percaya,
sampai bila-bila...


dia.


January 20, 2012

dari gambar malam ke kaki bukit



walau hanya dengan berdiri disisi
hati ini jatuh,
untuk kali yang aku sendiri tak pasti.

=D





January 5, 2012

#fact


dan tertumpah juga rindu pada dia
yang hakikatnya bukan jauh mana.

December 8, 2011

bila

usah kendong aku bagai beban
angap saja kau punya bahu lain untuk disandarkan

bila-bila kau lelah,
bila-bila kau payah,
bila-bila kau resah,
bila kekeh kau mahu didengarkan

toleh ke sisi
ada bahu untuk dikongsi 
sampai nanti
kau jumpa bahu lain yang lebih serasi

December 4, 2011


kuat yang aku rasa, ini akan berakhir.



persis angin. hembusnya terasa rupanya tiada
sungguh.

All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.