kerna terlalu berdikari
tidak mengharap bantuan sana sini
untuk meneruskan hidup ini
perlu mengemis simpati dari seorang lelaki
baru layak di gelar wanita sejati?
ah!itu kolot sama sekali
selagi aku mampu dan punya kudrat sendiri
akan ku lakukannya sendiri
tidak terlintas untuk meninggi diri
cuma aku sudah terbiasa begini
serba serbi sendiri
malas mengharap simpati lelaki
yang merasakan diri mereka gagah berani
sedangkan hakikatnya tidak tahu berfungsi
sebagai seorang lelaki
oh!sungguh kesian sekali.
sekadar mahu mengekspresi perasaan ini
yang sudah tak mampu dibendung lagi
tiap kata ikhlas datang dari hati
maaf jika ada yang rasa disakiti
1 comment:
yeah i know what u mean...
lagipon sy tak simpan cita-cita nak jad andartu hahhahaha=p
yup!100%setujuu dgn statement kamoo itu
Post a Comment