Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

August 30, 2012

masih belum sayang


bila dipalsukan segala-gala  
ditiupkan api bara prasangka
dikastakan warna-warna yang ada
dilaga-lagakan dia,dia dan dia

jika itulah
merdeka yang dikata--kita masih belum punya,sayang
masih 
belum punya...


July 24, 2011

jumpa lagi


apa mungkin akan sampai dalam satu sukuan hidup ini,satu saat yang kau sendiri tak akan faham dengan diri kau sendiri. bagai ada pergolakan yang besar dalam diri; tentang diri kau, tentang orang-orang dikeliling kau, tentang serba serbi. seolah-olah benang yang kusut berpintal,tak temu mana hujung mana awal.

walau dihujan riuh panggilan, walau dihantar peringatan percuma biru laman, walau berdepan topeng palsu kasihan, walau dikanan dan kiri punya teman dan famili yang mendukung rapat tapi, satu-satunya perkara yang paling kau mahu adalah bersendiri, bersendiri dan bersendiri. cuma itu , ruang untuk diri bersendiri.

jaga diri.jumpa lagi bila aku kembali

July 13, 2011

gembala buta (bukan semua, segelintir cuma)

kau itu gembala buta,
bila tak tahu masa perlu berlembut dan berkerasa pada orang dan tempatnya

kau itu gembala buta,
bila beri sikit hormat hulur tangan pada tua pun tak bisa

kau itu gembala buta,
gembala buta...

jadi usah gelar kau manusia
kerana naluri asas manusia pun kau langsung tak punya


June 29, 2011

kenyang


karanglah apa saja
jeritkan pada semua
tambahlah sakit perasa

moga kenyang kau dengan derita dia
sungguh, tak mengapa
dia yang merasa



cuma dia


June 13, 2011

lelaki dalam tiap titis darah


hangat gengam tangan terasa, 
bingit suara-merdu bunyinya 
dalam erat dakap-lekat baunya, 
itulah payung pelindung selamanya

lelaki dalam tiap titis darah saya. 

************************************

dalam banyak-banyak entry yang saya pernah karang, saya paling suka susuk itu; paling dekat dengan jiwa. tulisan buat lelaki hebat dalam hidup saya. yang omelan garangnya buat saya senang, ledak tawanya bikin saya tenang. walau berjuta kali saya ulang baca; rasa yang singgah pada saya itu, masih rasa yang sama sewaktu saya kait kata buat dia.  sungguh. semakin saya menua, semakin saya harap dipinjam tuhan lebih masa.









 telah menyambut hari bapa (in advance) . 
sangat tak sabarkan?=p  



May 15, 2011

sekarang aku tahu, aku rasa.


sekarang aku tahu apa rasa penat berkerja. sekarang aku tahu apa rasa dimarah boss bila itu ini tidak kena. sekarang aku tahu mengapa mereka bangkang aku berkerja. sekarang aku tahu bertapa payahnya mendapat tiap ringgit yang aku belanja.dan sekarang aku tahu betapa manisnya rasa bila kau terima hasil titik peluh yang kau sendiri usaha. 


sekarang aku tahu, aku rasa.

May 11, 2011

tegur


siapa sangka diawal sem pendek ini saya diuji dia. diuji dengan kehilangan segala harta. kini saya tahu apa rasa bila kau tak punya apa. hanya sehelai pinggang yang membalut daging-tulang. benar kata orang-orang kau tak akan tahu selagi kau tidak merasa.

kini saya tahu bertapa beretinya pertolongan kita pada orang yang benar-benar tidak berdaya dan betapa besarnya nikmat yang selama ini saya punya. bila hari berganti hari saya sedar mungkin ini cara Dia mahu menegur saya. mungkin saya terlalai dimana-mana. dan saya bersyukur dengan teguran ini, kerana itu tanda Dia masih kasihkan saya.


tak sabar untuk masuk berkerja =)




May 2, 2011

ini hari gila


sampai suara ke telinga
ada yang mahu menyunting bunga
buat merapat hubungan keluarga yang ada

laju geleng protes tak setuju
bukan jual mahal
tapi dua puluh satu baru umur aku.



April 5, 2011

seminggu ini semua bisa jadi tak keruan



hirup nyama segar pagi
kecil mata disilau mentari
dalam sejengkal waktu ini apa saja bisa terjadi.
ayuh persiap diri,
asah pedang sendiri, sarung perisai besi

bismillahirrahmanirrahim...
bermulah satu peperangan.


7hb ini ada majlis solat hajat di masjid ukm, datanglah kalau ada kelapangan 

April 4, 2011

it's okay to cry, you don't have to hide


Dalam banyak-banyak penabur ilmu yang saya jumpa dari zaman sekolah rendah-tinggi, matrikulasi hinggalah ke universiti ini saya paling senang dengan guru dan kelas bahasa inggeris. kerana cara mereka lain dari semua. lebih santai, kita bebas menjadi siapa kita, tak perlu terlalu banyak mencuba hanya perlu bergembira.

dan kebanyakan dari mereka banyak mengubah cara saya memandang dunia, kerana ideologi mereka jauh berbeza dari guru lain yang saya timba. mereka bukan takat mengajar ilmu buku tetapi lebih dari itu. dan mungkin kerana itu hubungan kami bukan setakat pemberi dan pengih ilmu tapi kawan yang peringat selalu. bila-bila saya jatuh tak mampu berdiri, kata-kata mereka hangat merangkul diri,


" its okay to fall, so you so you can learn to pick yourselves up "
- Pn.syuhaida,smksk

 
"...well,it's okay to cry, you don't have to hide"

- Pn.zaiton, kmpp  

"...Enjoy life while you can so,when you get old you got nothing to regret. "

- Pn.fauzanita,ukm



sedar atau tidak hidup ini satu proses pembelajaran yang walau sehiba mana kita bermandi air mata, walau segagah mana kita menongkah dugaan, walau sekuat mana kita bergelak suka. rasa itu yang mematangkan dan menjadikan siapa kita. 

jadi jika sampai satu masa kita hancur bak debu yang berterbangan, tak mampu berbuat apa hanya mampu melepaskan semua tangis sakit yang terbelenggu didada. lepaskan saja, kerana itu mampu meringankan beban yang ada




April 2, 2011

sungguh, aku tak tipu


sungguh,aku tak mampu
jadi lari kau dari aku, selaju yang kau mampu
jangan kita suar di jalan
jangan kita bertukar senyuman
jangan kita lambai sapaan
jangan...

kerana bila terlihat kamu
aku hancur bak debu yang berterbangan

March 25, 2011

tak mampu kait kata, walau sebaris cuma


situasi: tertekan dengan semua tugasan yang tak selesai3

sedang mencari kekuatan dalam diri untuk mengharungi sisa-sisa akhir semester ini.

buat siapa-siapa yang berada dalam situasi yang sama, selagi ada masa, selagi ada daya, selagi ada internet mari ubah dengan tangan kita.


jiwa tertekan, jadi tiada puisi disini




March 17, 2011

KENAN


Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. (Surah Al- Baqarah 216)

bila zaman kain biru saya jauh tertarik dengan biologi dari akaun yang punya debit,kredit dan ABT. bila ditakdirkan saya menjadi budak ekonomi sedangkan minat saya lebih kepada pengurusan perniagaan, bikin niaga juta-jutaan. bila sudah tersurat saya sebahagian dari keluarga monetari dan fiskal, sedangkan hati saya lebih kepada industri dan antarbangsa.

ini konflik hidup saya.apa yang saya dapat, bukanlah apa yang saya benar-benar mahukan. tapi semakin saya menua, saya nampak halus hikmahNya, betapa besar kuasa tuhan itu pada saya, betapa halusnya cara Dia mengatur hidup saya.subhanallah

bila jalan yang Dia lukis buat saya, semakin lama semakin jelas petanya, walau bukan situ tempat yang saya ingin tuju dulu-dulu, jauh sekali saya impi ke situ. tapi ternyat tempat itu adalah tempat yang terbaik buat saya. sungguh, saya belum benar-benar sampai ke situ, cuma nampak samar bayang-bayang unggu tapi saya percaya, jika memang itu yang tertulis buat saya. saya terima kerna Dia Maha Tahu.

alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan dengan apa juga yang menimpa saya. paling tidak saya sudah cuba sehabis daya. begitu juga dengan latihan industri saya, saya sudah usaha meneroka sini sana. kalau Dia kenan, disitulah saya berada.


jujur saya kata. semua ini buat saya sedar, walau sebanyak mana yang saya mahu. kalau Dia tak kenan, tak jadi jugakan


March 10, 2011

SEKARANG SAYA TAHU SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN


hidup ini perlu diduga,
untuk lihat sejauh mana kuatnya kita

March 7, 2011

HANYA ITU YANG MAMPU


jika benar
khabar yang ditiup tentang kamu
izinkan aku
menghadiahkan ini buat kamu

hati kering, yang beku



March 4, 2011

KAGET



siapa tak kedu
bila kau khabar kesemua
surat cinta yang kau terima

March 2, 2011

BINTANG (ii)


tarik nafas dalam-dalam...

jangan mimpi terbang tinggi
mana mungkin bintang tinggi kan duduk sama dengan bumi
pasti punya bintang lain yang menemani
bukankah dua ini lain posisi, lain fungsi

jadi tolong sedar diri.




March 1, 2011

BINTANG (i)


Dalam beribu kemilau bintang yang ada
hanya itu yang punya kerdip mempersona
tak tahu mengapa
hanya itu tak dibayang cahaya siapa-siapa


hey bintang, tinggi sudi berteman dengan bumi??



February 28, 2011

LUBANG...

semua kita tak sempurna segala
punya lubang disini sana
jadi usah dilihat besar lubang yang kita punya
kerna tiap kita diberi cukup pasir
untuk kambus lubang yang ada


*saya tahu hari-hari yang lalu adalah hari yang sukar buat dia,teman saya. benar kami tak serapat mana tapi saya faham apa dia rasa. bila dunia seolah-olah kejam pada dia.awak tahu, dalam semua perempuan yang saya kenal. awak yang paling cekal dalam semua. kerana itu awak yang paling kuat diduga. =]=]


February 27, 2011

GELENG-GELENG KEPALA


dalam mesra kita rasa
rupanya ujud pembunuh berbahaya

dunia...dunia

All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.