Showing posts with label ringan. Show all posts
Showing posts with label ringan. Show all posts

August 9, 2011

ahli baru


untuk kamu yang bakal hidup diluar rahim ibu
selamat datang, kami tunggu.


July 30, 2011

selamat datang



sedia berlari merebut besar bulan ganjaran-Mu, ya Rabbi.


selamat datang ramadhan yang dinanti 


July 28, 2011

karambunai, thanks man

kembali kepada alami itu menyamankan. seolah berada dalam pelukan hangat yang menyenangkan. jernih laut-deru ombak-tinggi gunung; mampu ukur besar kuasa tuhan.  buat angin, air, pasir, kuda, awan, burung, mentari dan segala yang bikin hari aku kembali lagi. moga kita ketemu lagi ya kawan.


July 13, 2011

gembala buta (bukan semua, segelintir cuma)

kau itu gembala buta,
bila tak tahu masa perlu berlembut dan berkerasa pada orang dan tempatnya

kau itu gembala buta,
bila beri sikit hormat hulur tangan pada tua pun tak bisa

kau itu gembala buta,
gembala buta...

jadi usah gelar kau manusia
kerana naluri asas manusia pun kau langsung tak punya


July 7, 2011

pejam


sebelum pejam mata
ampunkan semua
relakan segala.

moga masih ada esok lagi buat kita


June 13, 2011

lelaki dalam tiap titis darah


hangat gengam tangan terasa, 
bingit suara-merdu bunyinya 
dalam erat dakap-lekat baunya, 
itulah payung pelindung selamanya

lelaki dalam tiap titis darah saya. 

************************************

dalam banyak-banyak entry yang saya pernah karang, saya paling suka susuk itu; paling dekat dengan jiwa. tulisan buat lelaki hebat dalam hidup saya. yang omelan garangnya buat saya senang, ledak tawanya bikin saya tenang. walau berjuta kali saya ulang baca; rasa yang singgah pada saya itu, masih rasa yang sama sewaktu saya kait kata buat dia.  sungguh. semakin saya menua, semakin saya harap dipinjam tuhan lebih masa.









 telah menyambut hari bapa (in advance) . 
sangat tak sabarkan?=p  



May 15, 2011

sekarang aku tahu, aku rasa.


sekarang aku tahu apa rasa penat berkerja. sekarang aku tahu apa rasa dimarah boss bila itu ini tidak kena. sekarang aku tahu mengapa mereka bangkang aku berkerja. sekarang aku tahu bertapa payahnya mendapat tiap ringgit yang aku belanja.dan sekarang aku tahu betapa manisnya rasa bila kau terima hasil titik peluh yang kau sendiri usaha. 


sekarang aku tahu, aku rasa.

April 29, 2011

setia dan berusaha


disebabkan muism exam yang melanda, saya baru terperasan yang bulan ini bulan menghargai setiausaha. tapi tak ada sorang pun yang ucap selamat hari setiausaha pada saya. jauh sekali nak bawak pergi makan jumpa anwar zain segala. jadi saya msg kawan saya, mintak dia ucap pada saya, lagi pun sudah hampir setahun lebih saya jadi PA percuma dia. dan ini balasan yang saya terima.


fine!. msg 1 sen pun nak berkire. kedekut!.

jadi dikesempatan ini saya mahu ucap kepada diri sendiri dan kepada semua setiausaha yang dilupakan bos-bos mereka. SELAMAT HARI SETIAUSAHA dan terima kasih kerana sentiasa setia dan berusaha dengan kerja. heee~


April 28, 2011

kembali sediakala



kadang-kadang dalam hidup selalu ada yang tersekap jarang pada pada kita, salah sangka dan menghukum kita sewenangnya.kalau kau suami-isteri bercerai berai jadinya, kalau kau teman taulan habis putus semua. sakit bila mereka yang kita percaya yang kita sangka faham kita terlau mudah mengeluar kata tajam pisau. seolah-olah tak pernah kenal antara kita. apa antara kita tak pernah berkongsi rasa, berkongsi rahsia?


mungkin dalam bersahabat atau berteman kebanyakan yang kita jumpa itu berbeza. punya ideologi yang belain dari kita. dia senang begitu dan kau gembira begini. jadi jangan dilihat perbezaan yang kita punya sebagai sesuatu yang mampu menjarakan kita. tapi lihat ia sebagai sesuatu yang dapat mewarnakan hidup kita. sama seperti konsep yang dibawa dalam ekonomi. keseimbangan harga hanya akan tercapai bila permintaan dan penawaran bersilang pada titik yang sama. pada titik bertemunya dua perkara yang berbeza baru seimbang yang dikata.


jangan pernah anggap diri kita jauh lebih baik dari yang lain kerana sebusuk mana orang yang kita jumpa wanginya tetap ada. pernah orang kata, bila kau mampu nampak lut sinarnya sesorang dan mampu menerima compang-capingnya dia. bermaksud kita menerima dia seadanya dia. seluhurnya dia.


saya percaya setiap pertemuan itu punya hikmahnya, dari yang sekeji-keji manusia hinggalah setinggi-tinggi jawatan yang ada. semua sudah tertulis disana. cuma kita manusia acap kali gagal untuk mengesanya. lalu mudah mengata yang semua salah takdir kerana mempertemukan antara kita. kalau kau terjumpa pengemis jalanan sekali pun, itu juga ada hikmahnya. mungkin tuhan menegur kau secara rahsia. supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada. jadi jangan mudah menyesali pertemuan tidak kiralah yang menerbit benci, hiba atau suka. kerna setiap pertemuan itu kita belajar mengenal manusia dan diri kita lalu membaiki buruk hodoh yang ada.



April 27, 2011

terima kasih dari hati




terima kasih sudi kemari
membaca apa yang dilagukan disini
ini tanah kecilan, tak mampu tarik ramai kunjungan
walau tak banyak catatan tinggalan  
tapi kehadiran senyap kalian besar buat penulis kecilan.




April 5, 2011

seminggu ini semua bisa jadi tak keruan



hirup nyama segar pagi
kecil mata disilau mentari
dalam sejengkal waktu ini apa saja bisa terjadi.
ayuh persiap diri,
asah pedang sendiri, sarung perisai besi

bismillahirrahmanirrahim...
bermulah satu peperangan.


7hb ini ada majlis solat hajat di masjid ukm, datanglah kalau ada kelapangan 

March 17, 2011

KENAN


Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. (Surah Al- Baqarah 216)

bila zaman kain biru saya jauh tertarik dengan biologi dari akaun yang punya debit,kredit dan ABT. bila ditakdirkan saya menjadi budak ekonomi sedangkan minat saya lebih kepada pengurusan perniagaan, bikin niaga juta-jutaan. bila sudah tersurat saya sebahagian dari keluarga monetari dan fiskal, sedangkan hati saya lebih kepada industri dan antarbangsa.

ini konflik hidup saya.apa yang saya dapat, bukanlah apa yang saya benar-benar mahukan. tapi semakin saya menua, saya nampak halus hikmahNya, betapa besar kuasa tuhan itu pada saya, betapa halusnya cara Dia mengatur hidup saya.subhanallah

bila jalan yang Dia lukis buat saya, semakin lama semakin jelas petanya, walau bukan situ tempat yang saya ingin tuju dulu-dulu, jauh sekali saya impi ke situ. tapi ternyat tempat itu adalah tempat yang terbaik buat saya. sungguh, saya belum benar-benar sampai ke situ, cuma nampak samar bayang-bayang unggu tapi saya percaya, jika memang itu yang tertulis buat saya. saya terima kerna Dia Maha Tahu.

alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan dengan apa juga yang menimpa saya. paling tidak saya sudah cuba sehabis daya. begitu juga dengan latihan industri saya, saya sudah usaha meneroka sini sana. kalau Dia kenan, disitulah saya berada.


jujur saya kata. semua ini buat saya sedar, walau sebanyak mana yang saya mahu. kalau Dia tak kenan, tak jadi jugakan


March 10, 2011

SEKARANG SAYA TAHU SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN


hidup ini perlu diduga,
untuk lihat sejauh mana kuatnya kita

February 23, 2011

February 22, 2011

HIDUP..


kita pelukisnya
yang berhak mencalit warna
biru,merah,hitam,jingga

bukan siapa-siapa
kita sendiri yang pegang berusnya.

February 19, 2011

KEPINGIN..





terbang rendah tinggi
si kertas empat segi
menari-nari di langit tinggi
sungguh aku amat kepingin sekali
berlari sambil bermain si kertas empat segi

February 2, 2011

DIA,LELAKI..


ada seorang lelaki
buat saya binggung sendiri
dalam fb dia ramah tak terperi
tapi bila dalam realiti
dia amat belain sekali
macam kami tak pernah kenal sama sendiri
hey,awak boleh tak tolong jangan buat saya begini..


January 27, 2011

MOMENT ITU...


tanpa disangka temu senyum dalam jerih
walau penat, walau letih 
aku temu moment itu,
*puas tertawa dengan kerja gila 






buat yang mengelola dengan gigih;
terima kasih untuk moment mahal yang tak terbeli,
aku sangat hargai..



January 25, 2011

WAJAH² BIASA


*bismillahirrahmanirrahim..
sudah masa untuk bukak "puasa"


tersenyum sendiri tika terlihat keletah mereka.
wajah-wajah biasa;polos, naif segala
lantas disapa syahdu tika merapati tiap mereka
serius,ternampak bayang aku dibalik mereka
berhingus, berkerudung senget tak kena
sungguh aku tak kan pernah lupa
saat aku di tempat mereka.

manis dan tak terucap dengan kata.


(dewan kg sg.sireh,tanjung karang;22.1.11;8.45)

January 17, 2011

okay, ini pelik.kenapa semua bawak isu sama?? putus kawan segala.=(


buat mereka-mereka yang terperangkap dalam situasi ini
 

biasalah kawan,
kadang-kadang terluku kepala
terpiat telinga
tersembur semua

tapi dalam tiap nagis-tawa
tetap terselit mereka
yang setia tadah telinga
yang rela berkongsi ruang kepala

jadi kenapa mahu padam dia yang dulu pernah ada
hanya kerana pekara habuk semata??
All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.