March 17, 2011

KENAN


Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. (Surah Al- Baqarah 216)

bila zaman kain biru saya jauh tertarik dengan biologi dari akaun yang punya debit,kredit dan ABT. bila ditakdirkan saya menjadi budak ekonomi sedangkan minat saya lebih kepada pengurusan perniagaan, bikin niaga juta-jutaan. bila sudah tersurat saya sebahagian dari keluarga monetari dan fiskal, sedangkan hati saya lebih kepada industri dan antarbangsa.

ini konflik hidup saya.apa yang saya dapat, bukanlah apa yang saya benar-benar mahukan. tapi semakin saya menua, saya nampak halus hikmahNya, betapa besar kuasa tuhan itu pada saya, betapa halusnya cara Dia mengatur hidup saya.subhanallah

bila jalan yang Dia lukis buat saya, semakin lama semakin jelas petanya, walau bukan situ tempat yang saya ingin tuju dulu-dulu, jauh sekali saya impi ke situ. tapi ternyat tempat itu adalah tempat yang terbaik buat saya. sungguh, saya belum benar-benar sampai ke situ, cuma nampak samar bayang-bayang unggu tapi saya percaya, jika memang itu yang tertulis buat saya. saya terima kerna Dia Maha Tahu.

alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan dengan apa juga yang menimpa saya. paling tidak saya sudah cuba sehabis daya. begitu juga dengan latihan industri saya, saya sudah usaha meneroka sini sana. kalau Dia kenan, disitulah saya berada.


jujur saya kata. semua ini buat saya sedar, walau sebanyak mana yang saya mahu. kalau Dia tak kenan, tak jadi jugakan


2 comments:

Edy said...

MasyaAllah. Cantik.

Kau seorang optimistik, aku kira ;)

ladida said...

memang benar...kdg2 pada awalnya, apa yg kita dpt itu something yg kita x mahu. .. tapi dlm kita tempuhnya, kita nmpk hikmat besar atas percaturan hebat dariNya. redhalah dengan setiap ketentuannya. apa yg telah ditentukan utk kita pada masa itu, itulah yg terbaik utk kita. Tuhan tahu segalanya yg terbaik buat kita. awak dan saya.

All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.