Showing posts with label makan sendiri. Show all posts
Showing posts with label makan sendiri. Show all posts

November 1, 2011

DEAR NOVEMBER, PLEASE BE KIND TO ME


(sila baca dengan satu nafas)

tahukah anda perasaan bila data tesis yang awak cari-cari/tunggu-tunggu lebih kurang sebulan tak kunjung tiba atau lebih senang kata, macam janji cerita dongeng semata. ditambah dengan semua assignment yang rupa lebihkurangmacamtesisje. cari data situ sini- run spss- cari integarasi, dan perasaan akan lebih tercabar bila mana ada orang gila suka telephone dan maki-maki tak tentu hala. tak kurang juga dengan perkhabaran tempat latihan industri yang suram tanpa bunyi dan ini belum termasuk lagi cerita sampingan yang bisa bikin wa makan hati sendiri.


fuhhhh...terima kasih kalau awak tahu apa rasanya dihati.kbye!

October 29, 2011

going through one of the hardest times of my life.


siapa sangka, hari ini aku kutip kekuatan dalam bait kata yang dulu aku pernah cipta

July 29, 2011

KEBAL


mahu sarung perisai besi
biar kalis
kalis dari disakiti

July 24, 2011

jumpa lagi


apa mungkin akan sampai dalam satu sukuan hidup ini,satu saat yang kau sendiri tak akan faham dengan diri kau sendiri. bagai ada pergolakan yang besar dalam diri; tentang diri kau, tentang orang-orang dikeliling kau, tentang serba serbi. seolah-olah benang yang kusut berpintal,tak temu mana hujung mana awal.

walau dihujan riuh panggilan, walau dihantar peringatan percuma biru laman, walau berdepan topeng palsu kasihan, walau dikanan dan kiri punya teman dan famili yang mendukung rapat tapi, satu-satunya perkara yang paling kau mahu adalah bersendiri, bersendiri dan bersendiri. cuma itu , ruang untuk diri bersendiri.

jaga diri.jumpa lagi bila aku kembali

June 8, 2011

0.01



*AWAS! INI ADALAH ENTRY MEMUJUK HATI SENDIRI, TAK BERKAIT DENGAN ORANG DI KANAN DAN KIRI.



walau sebesar mana usaha
sesipi lagi angka
kalau Dia tak mahu beri
tak jadi jugak kan?



mungkin Dia tak mahu bagi lagi, lain kali lain hari mugkin hadiah besar yang Dia beri. insyallah.



tarik nafas dalam-dalam, sedang cuba meredha




June 6, 2011

pawang



duhai nona-nona sekalian,
kau itu pawang yang perlu ditakutkan

bila silikon palsu yang dibenam,
tiap roma yang diperlihatkan,
manja jerit yang kau perdengarkan,
liuk badan yang kau pertontonkan,
celana lekat yang kau suai padan.

sesungguhnya,
itu tiupan mentera tanpa kau sedarkan
yang mampu mengoncang iman.








duhai nona-nona sekalian,
sedarlah yang kau itu fitnah terbesar akhir zaman.


buat peringat diri.


May 15, 2011

sekarang aku tahu, aku rasa.


sekarang aku tahu apa rasa penat berkerja. sekarang aku tahu apa rasa dimarah boss bila itu ini tidak kena. sekarang aku tahu mengapa mereka bangkang aku berkerja. sekarang aku tahu bertapa payahnya mendapat tiap ringgit yang aku belanja.dan sekarang aku tahu betapa manisnya rasa bila kau terima hasil titik peluh yang kau sendiri usaha. 


sekarang aku tahu, aku rasa.

May 11, 2011

tegur


siapa sangka diawal sem pendek ini saya diuji dia. diuji dengan kehilangan segala harta. kini saya tahu apa rasa bila kau tak punya apa. hanya sehelai pinggang yang membalut daging-tulang. benar kata orang-orang kau tak akan tahu selagi kau tidak merasa.

kini saya tahu bertapa beretinya pertolongan kita pada orang yang benar-benar tidak berdaya dan betapa besarnya nikmat yang selama ini saya punya. bila hari berganti hari saya sedar mungkin ini cara Dia mahu menegur saya. mungkin saya terlalai dimana-mana. dan saya bersyukur dengan teguran ini, kerana itu tanda Dia masih kasihkan saya.


tak sabar untuk masuk berkerja =)




April 20, 2011

kelabu



acapkali kita manusia buta bila terang, celik bila gelap. terlalu leka dengan dunia.

malu bukan kita hamba, kurang masa untuk Pencipta.


April 4, 2011

it's okay to cry, you don't have to hide


Dalam banyak-banyak penabur ilmu yang saya jumpa dari zaman sekolah rendah-tinggi, matrikulasi hinggalah ke universiti ini saya paling senang dengan guru dan kelas bahasa inggeris. kerana cara mereka lain dari semua. lebih santai, kita bebas menjadi siapa kita, tak perlu terlalu banyak mencuba hanya perlu bergembira.

dan kebanyakan dari mereka banyak mengubah cara saya memandang dunia, kerana ideologi mereka jauh berbeza dari guru lain yang saya timba. mereka bukan takat mengajar ilmu buku tetapi lebih dari itu. dan mungkin kerana itu hubungan kami bukan setakat pemberi dan pengih ilmu tapi kawan yang peringat selalu. bila-bila saya jatuh tak mampu berdiri, kata-kata mereka hangat merangkul diri,


" its okay to fall, so you so you can learn to pick yourselves up "
- Pn.syuhaida,smksk

 
"...well,it's okay to cry, you don't have to hide"

- Pn.zaiton, kmpp  

"...Enjoy life while you can so,when you get old you got nothing to regret. "

- Pn.fauzanita,ukm



sedar atau tidak hidup ini satu proses pembelajaran yang walau sehiba mana kita bermandi air mata, walau segagah mana kita menongkah dugaan, walau sekuat mana kita bergelak suka. rasa itu yang mematangkan dan menjadikan siapa kita. 

jadi jika sampai satu masa kita hancur bak debu yang berterbangan, tak mampu berbuat apa hanya mampu melepaskan semua tangis sakit yang terbelenggu didada. lepaskan saja, kerana itu mampu meringankan beban yang ada




March 29, 2011

menelah itu payah



siapa bilang menelah itu gampang
separuh jiwa hampir hilang
bagai di medan perang
hanya yang kuat akan menang



selamat menikmati minggu belajar 


March 25, 2011

tak mampu kait kata, walau sebaris cuma


situasi: tertekan dengan semua tugasan yang tak selesai3

sedang mencari kekuatan dalam diri untuk mengharungi sisa-sisa akhir semester ini.

buat siapa-siapa yang berada dalam situasi yang sama, selagi ada masa, selagi ada daya, selagi ada internet mari ubah dengan tangan kita.


jiwa tertekan, jadi tiada puisi disini




March 17, 2011

KENAN


Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. (Surah Al- Baqarah 216)

bila zaman kain biru saya jauh tertarik dengan biologi dari akaun yang punya debit,kredit dan ABT. bila ditakdirkan saya menjadi budak ekonomi sedangkan minat saya lebih kepada pengurusan perniagaan, bikin niaga juta-jutaan. bila sudah tersurat saya sebahagian dari keluarga monetari dan fiskal, sedangkan hati saya lebih kepada industri dan antarbangsa.

ini konflik hidup saya.apa yang saya dapat, bukanlah apa yang saya benar-benar mahukan. tapi semakin saya menua, saya nampak halus hikmahNya, betapa besar kuasa tuhan itu pada saya, betapa halusnya cara Dia mengatur hidup saya.subhanallah

bila jalan yang Dia lukis buat saya, semakin lama semakin jelas petanya, walau bukan situ tempat yang saya ingin tuju dulu-dulu, jauh sekali saya impi ke situ. tapi ternyat tempat itu adalah tempat yang terbaik buat saya. sungguh, saya belum benar-benar sampai ke situ, cuma nampak samar bayang-bayang unggu tapi saya percaya, jika memang itu yang tertulis buat saya. saya terima kerna Dia Maha Tahu.

alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan dengan apa juga yang menimpa saya. paling tidak saya sudah cuba sehabis daya. begitu juga dengan latihan industri saya, saya sudah usaha meneroka sini sana. kalau Dia kenan, disitulah saya berada.


jujur saya kata. semua ini buat saya sedar, walau sebanyak mana yang saya mahu. kalau Dia tak kenan, tak jadi jugakan


March 15, 2011

halau hitam bayang hantu


guruh,
halau hitam bayang hantu
panahlah kalau perlu
biar tak bertemu sungguh, aku tak perlu

angin,
rangkul erat aku
biar serap kuat kau ke aku
kelak, gentar semua disitu

hujan
bawa lalu ngilu aku
siram biar ia tak pilu
berteman sendu

usah payung aku
usah lindung aku
aku mahu basah,
basah tanah dengan semangat baru


March 3, 2011

APA YANG KITA HENDAK, TAK SEMUA TUHAN BERI


tunduk senyum

walau sesukar mana rasa
ternyata semua sudah disusun Dia
sebaik-baiknya,
sesempurna cerita buat kita, hamba
walau membuah air duka, merobek jiwa

itulah sebaiknya buat kita
kerna Dia lebih dulu merangka, tahu segala



February 3, 2011

khabar ke aku atas nama sendiri usah berlindung dibalik nama anony.


benar, tulisan disini dari pengalaman aku dan pengalaman orang yang aku kutip dan kuis sendiri. tapi tulisan disini bukan untuk sakitkan siapa-siapa, jauh sekali untuk burukkan mana-mana manusia. kalau kalian perhati dalam setiap entry tiada penekanan kepada si pemain cerita cuma lebih kepada tempias pengajaran yang aku terima. jika ada yang terasa hati maaflah,aku tak mampu berbuat apa.

jujur aku kata, tulisan disini lebih kepada suara jiwa.apa yang aku tulis disini memang untuk terapi, buat aku makan sendiri dan selebihnya untuk aku kongsi buat siap-siap yang sudi. mana tahu esok-esok aku pergi, dan benda disini boleh jadi bekal untuk aku nanti.

maaf, kalau aku tidak nampak dimana silapnya. tunjuk ke aku dan aku akan terima. aku tak mampu sekat siapa yang kemari, kalian mungkin teman yang aku kenali, mereka-mereka yang punya titik hitam dihati, saudara aku sendiri atau mungkin mereka-mereka yang tersesat dan terbaca apa yang aku lagukan disini. walau atas apa niat kalian disini terima kasih kerana sudi berhenti disini.

sekiranya ada tulisan aku disini membangkitkan mana-mana benci, aku pohon untuk kalian berlalu pergi kerana aku memang selalu memainkan lagu yang tak ingin didengari. aku kenal beza kritikan ikhlas dari hati dengan kata bersalut dendam benci. jadi usah dibuat serangan peribadi disini, ini ruang terapi aku,jadi usah kalian kotori ruang yang aku beri dengan kata-kata tahi.


maaf jika suara aku tak selari dengan kalian.

January 28, 2011

MARI, KAKAK MAHU CERITA..


tepuk kerusi....

mari sini kakak mahu cerita
kau gadis punya harga
punya nama yang perlu dijaga
punya martabat yang tinggi nilainya

walau serawan mana jiwa
jangan kau lempar kata nista
jangan kau memekik bak perempuan gila
jangan kau tunding ke dia tak semena
kerna itu cermin pengukur kita

andai kata esok-esok muncul perempuan gila di depan mata
nah,senyum dan tataplah matanya
sambil berkata"maaf,aku punya standard yang perlu dijaga"

bukankah kita sama saja,gadis semua
jadi usah direndah martabat kita
kerana perkara bodoh semata.
All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.