guruh,
halau hitam bayang hantu
panahlah kalau perlu
biar tak bertemu sungguh, aku tak perlu
angin,
rangkul erat aku
biar serap kuat kau ke aku
kelak, gentar semua disitu
hujan
bawa lalu ngilu aku
siram biar ia tak pilu
berteman sendu
usah payung aku
usah lindung aku
aku mahu basah,
basah tanah dengan semangat baru
4 comments:
ahhh, lama tak meneguk air puisi dari sini.
macam biasa, baca puisi di sini selalu buat kita ber"semangat".
;)
lama kot ko pergi bertapa.
harap sudah sembuhlah semua luka ya=]=]
luka pastilah meninggalkan parut. tapi ya, suatu hari nanti, sembuhlah ia. terima kasih ;)
sama2..=]=]
Post a Comment