Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts
April 25, 2011
KERTAS AKHIR
selama aku
tongkatkan lelap
diamkan jerih
gagahkan letih
pasungkan gigih
hari ini aku rasa
betapa manisnya jerih
*senyum
Labels:
study
April 10, 2011
Pulun selagi daya
taraaaaa!
tengok,siapa cakap belajar itu payah? T_T
Labels:
study
April 5, 2011
seminggu ini semua bisa jadi tak keruan
hirup nyama segar pagi
kecil mata disilau mentari
dalam sejengkal waktu ini apa saja bisa terjadi.
ayuh persiap diri,
asah pedang sendiri, sarung perisai besi
bismillahirrahmanirrahim...
bermulah satu peperangan.
7hb ini ada majlis solat hajat di masjid ukm, datanglah kalau ada kelapangan
April 4, 2011
it's okay to cry, you don't have to hide
Dalam banyak-banyak penabur ilmu yang saya jumpa dari zaman sekolah rendah-tinggi, matrikulasi hinggalah ke universiti ini saya paling senang dengan guru dan kelas bahasa inggeris. kerana cara mereka lain dari semua. lebih santai, kita bebas menjadi siapa kita, tak perlu terlalu banyak mencuba hanya perlu bergembira.
dan kebanyakan dari mereka banyak mengubah cara saya memandang dunia, kerana ideologi mereka jauh berbeza dari guru lain yang saya timba. mereka bukan takat mengajar ilmu buku tetapi lebih dari itu. dan mungkin kerana itu hubungan kami bukan setakat pemberi dan pengih ilmu tapi kawan yang peringat selalu. bila-bila saya jatuh tak mampu berdiri, kata-kata mereka hangat merangkul diri,
" its okay to fall, so you so you can learn to pick yourselves up "
- Pn.syuhaida,smksk
"...well,it's okay to cry, you don't have to hide"
- Pn.zaiton, kmpp
"...Enjoy life while you can so,when you get old you got nothing to regret. "
- Pn.fauzanita,ukm
sedar atau tidak hidup ini satu proses pembelajaran yang walau sehiba mana kita bermandi air mata, walau segagah mana kita menongkah dugaan, walau sekuat mana kita bergelak suka. rasa itu yang mematangkan dan menjadikan siapa kita.
jadi jika sampai satu masa kita hancur bak debu yang berterbangan, tak mampu berbuat apa hanya mampu melepaskan semua tangis sakit yang terbelenggu didada. lepaskan saja, kerana itu mampu meringankan beban yang ada
Labels:
hidup,
makan sendiri,
study
March 29, 2011
menelah itu payah
siapa bilang menelah itu gampang
separuh jiwa hampir hilang
bagai di medan perang
hanya yang kuat akan menang
selamat menikmati minggu belajar
Labels:
makan sendiri,
study
March 25, 2011
tak mampu kait kata, walau sebaris cuma
situasi: tertekan dengan semua tugasan yang tak selesai3
sedang mencari kekuatan dalam diri untuk mengharungi sisa-sisa akhir semester ini.
buat siapa-siapa yang berada dalam situasi yang sama, selagi ada masa, selagi ada daya, selagi ada internet mari ubah dengan tangan kita.
jiwa tertekan, jadi tiada puisi disini
Labels:
hidup,
makan sendiri,
study
March 10, 2011
SEKARANG SAYA TAHU SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN
hidup ini perlu diduga,
untuk lihat sejauh mana kuatnya kita
February 25, 2011
February 21, 2011
belajar tinggi-tinggi biar jadi pak menteri?
siapa kau mahu ancam nyawa dia?
disimbah pewarna,digertak segala
apa,kau tuhan penentu semua?
usah hirau siapa dia
tapi lihat apa ideologi yang dia bawa
bukan kah memang begitu caranya
demokrasi yang kau kata
jadi biar tangan kami yang menentu
apa yang kami mahu
tak perlu tangan kotor memberi lalu
saya bukan pro mana-mana cuma pada saya,setiap nyawa itu berharga dan perlu untuk dijaga. takperlu taksub, ini semua dunia semata.
February 18, 2011
SAMPAI SINI
maaf.
tak mampu kendong lagi
tak mampu beri komitmen tinggi
mungkin hanya sampai sini
kita berkerja sebagai satu famili
jangan risau saya tetap sokong kalian dari tepi.
terima kasih atas percaya kalian beri
February 10, 2011
January 27, 2011
MOMENT ITU...
tanpa disangka temu senyum dalam jerih
walau penat, walau letih
aku temu moment itu,
*puas tertawa dengan kerja gila
![]() |
![]() |
![]() |
buat yang mengelola dengan gigih;
terima kasih untuk moment mahal yang tak terbeli,
aku sangat hargai..
January 25, 2011
WAJAH² BIASA
*bismillahirrahmanirrahim..
sudah masa untuk bukak "puasa"
wajah-wajah biasa;polos, naif segala
lantas disapa syahdu tika merapati tiap mereka
serius,ternampak bayang aku dibalik mereka
berhingus, berkerudung senget tak kena
sungguh aku tak kan pernah lupa
saat aku di tempat mereka.
manis dan tak terucap dengan kata.
(dewan kg sg.sireh,tanjung karang;22.1.11;8.45)
January 16, 2011
KARNIFEP..
KarniFEP ini program fakulti saya, dan saya amat gembira menjadi salah seorang dari mereka-mereka yang mengerah tenaga untuk bikin program ini berjaya. antara aktiviti yang dirangka
forum
![]() |
dan tahniah pada pemenang dan peserta.
diharap semuanya gembira.=]=]
kini sudah berlapang dada, dan dapat menikmati hidup seperti biasa..
November 11, 2010
October 26, 2010
KERTAS PERTAMA..
siang malam bersengkang mata
demi kertas yang pertama
hidup bercatu segala
hinga badan lembik tak berdaya
semuanya demi dia, si kertas pertama
dengan harapan segalanya berjaya
tapi punah di minit yang pertama
dimana silapnya?
kurang menelah atau kurang berserah?
entahlah..
walau tipis,tetap tadah,tak mudah menyerah
Labels:
study
October 24, 2010
GERUN!
hari yang dinanti telah tiba.
moga mampu ditempuh dengan senyuman melebar
tanda siap sedia=]=]
moga mampu ditempuh dengan senyuman melebar
tanda siap sedia=]=]
EKONOMI ANTARABANGSA-10/11
moga dipermudahkan segala urusan...amin~
October 15, 2010
MAHU TULIS OKAY!
buku tersusun tinggi
terkejar-kejar dengan assignment yang diberi
nota bergelimpang sana sini
biasa la situasi begini
dah nak final sem ini
doakan aku disini
dipermudahkan menjawab solan yang diberi
serius,sibuk meyeliputi diri
tapi masih nak tulis lagi
tapi inilah terapi yang terbaik sekali
hmm..cukuplah bermain disini
mari sambung study
bila nak jawab exam,mesti rase debar macam nak pegi kawin =p
Subscribe to:
Posts (Atom)
All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.







