Showing posts with label buddies. Show all posts
Showing posts with label buddies. Show all posts

September 8, 2012

rindu banyak macam awan


kita saling gilir-gilir dukung--
jatuh kau
remuk aku
gelak kau
layu aku
sentiasa begitu

dan walau telah tuhan tiup kapal hidup kita
ke utara selatan sekalipun
kekal kita akan begitu
kan?=)












November 19, 2011

kisah klasik


yuk, guna moment-moment yang ada
untuk canting lukis atas canvas yang kita cipta
biar comot-kotor-lekat-takapa
asal tidak satu kita biar tanpa calit warna

kelak nanti cavas itu yang mahu aku usung sampai tua.

November 11, 2011

kawan


terbanglah ke awan
bak bidadari kayangan
walau dalam hati itu
punya sendu yang tak ketahuan

October 14, 2011

temanwanita


for every memory made
for every drop of tear
for every silly little things we create
for every laugh line on our face
for every smile that was spread
i thank u so much my babe.. ♥




July 5, 2011

teman hingusan


saya terima panggilan dari kawan baik saya yang akhir-akhir ini agak menghilang. serius rindu gila, bila teringat segala macam benda yang saya pernah buat dengan dia,. meniru masa ujian - bergaduh - kena rotan pun saya pernah kena. memang gila. HAHAHA. 

pada saya kawan itu ada banyak pecahanya. kawan yang kita kenal masa pergi kem mengaji-motivasi,kawan masa pergi plkn, kawan yang kita kenal masa masuk universiti, kawan masa zaman matrikulasi, kawan atas kawan atas kawan pun boleh jadi kawan kan. tak kiralah dari label mana pun datangnya mereka, SAYA PERCAYA, SAHABAT ITU MAHAL HARGANYA dan tiap dari mereka itu punya kenangan yang tersendiri yang melekat dalam diri.cuma kawan zaman hingusan ini lain macam sikit kicknya. susah sikit nak dicerita


sebab dia nampak tiap transisi kau dari zaman hingusan hinggalah sampai kau cukup syarat untuk berbini-berlaki.manis bila kita saling berkongsi moment-moment besar dia. gembira kau bila lihat dia sudah bergraduasi - teruja kau dengar cerita dia sudah punya duit sendiri - bahagia kau lihat dia tersenyum disunting menjadi isteri -hiba kau bila dia dijemput tuhan untuk pergi. tiap-tiap moment dia seolah-olah dekat dengan kau, punya nilai sentimental yang kau bawak dari zaman hingusan lagi


tapi yang pasti payah untuk mengekalkan hubungan. bila semua sudah punya hidup sendiri, sudah punya komitment itu ini, tak kurang juga yang secara sendiri mahu undur dan pergi. jadi berapa keratlah sangat yang tinggal, kan?


April 28, 2011

kembali sediakala



kadang-kadang dalam hidup selalu ada yang tersekap jarang pada pada kita, salah sangka dan menghukum kita sewenangnya.kalau kau suami-isteri bercerai berai jadinya, kalau kau teman taulan habis putus semua. sakit bila mereka yang kita percaya yang kita sangka faham kita terlau mudah mengeluar kata tajam pisau. seolah-olah tak pernah kenal antara kita. apa antara kita tak pernah berkongsi rasa, berkongsi rahsia?


mungkin dalam bersahabat atau berteman kebanyakan yang kita jumpa itu berbeza. punya ideologi yang belain dari kita. dia senang begitu dan kau gembira begini. jadi jangan dilihat perbezaan yang kita punya sebagai sesuatu yang mampu menjarakan kita. tapi lihat ia sebagai sesuatu yang dapat mewarnakan hidup kita. sama seperti konsep yang dibawa dalam ekonomi. keseimbangan harga hanya akan tercapai bila permintaan dan penawaran bersilang pada titik yang sama. pada titik bertemunya dua perkara yang berbeza baru seimbang yang dikata.


jangan pernah anggap diri kita jauh lebih baik dari yang lain kerana sebusuk mana orang yang kita jumpa wanginya tetap ada. pernah orang kata, bila kau mampu nampak lut sinarnya sesorang dan mampu menerima compang-capingnya dia. bermaksud kita menerima dia seadanya dia. seluhurnya dia.


saya percaya setiap pertemuan itu punya hikmahnya, dari yang sekeji-keji manusia hinggalah setinggi-tinggi jawatan yang ada. semua sudah tertulis disana. cuma kita manusia acap kali gagal untuk mengesanya. lalu mudah mengata yang semua salah takdir kerana mempertemukan antara kita. kalau kau terjumpa pengemis jalanan sekali pun, itu juga ada hikmahnya. mungkin tuhan menegur kau secara rahsia. supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada. jadi jangan mudah menyesali pertemuan tidak kiralah yang menerbit benci, hiba atau suka. kerna setiap pertemuan itu kita belajar mengenal manusia dan diri kita lalu membaiki buruk hodoh yang ada.



March 29, 2011

iklaneka


walau jauh mana kita
walau beza dulu-kini kita
jangan awak pernah lupa
kita pernah menggila bersama

selamat ulang tahun miji!

























March 16, 2011

SAYA PERCAYA, SAHABAT ITU MAHAL HARGANYA





  
  mana mungkin saya lupa tiap dari kalian yang singah ke saya

March 10, 2011

SEKARANG SAYA TAHU SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN


hidup ini perlu diduga,
untuk lihat sejauh mana kuatnya kita

March 7, 2011

jangan sewenang bicara,kalau pemberat kau amarah didada.


mana mungkin aku bisa palsu ketawa,
kalau sungguh aku benar suka
mana terbit air jiwa,
kalau benar aku tak hiba

entah penyukat apa kau guna
untuk ukur apa yang aku sendiri rasa.



February 28, 2011

LUBANG...

semua kita tak sempurna segala
punya lubang disini sana
jadi usah dilihat besar lubang yang kita punya
kerna tiap kita diberi cukup pasir
untuk kambus lubang yang ada


*saya tahu hari-hari yang lalu adalah hari yang sukar buat dia,teman saya. benar kami tak serapat mana tapi saya faham apa dia rasa. bila dunia seolah-olah kejam pada dia.awak tahu, dalam semua perempuan yang saya kenal. awak yang paling cekal dalam semua. kerana itu awak yang paling kuat diduga. =]=]


January 25, 2011

KAU GADIS..


ini buat teman saya ...

biar mereka bergelak gempita,
biar mereka sinis melagu cerita,
persetankan tiap mereka,
kau gadis kuat segala; mampu hadam kata nista .

usah kau tunjuk mereka sendu kau rasa.
bangun dan tunjuk ke dunia
"ah,mereka bukan apa-apa".
biar terkatup mulut tiap mereka
tika terlihat kau berdiri mendabik dada

gadis,kau mampu buat mereka terdiam bercerita.


maap, saya tak mampu ada bila awak perlu saya.


January 19, 2011

KITA..


usah ditimbang
kasih aku dengan kalian semua
tiap satu
punya bahagia yang aku tak mampu ucap dengan kata
ya dengan dia aku gembira
dengan kamu aku mengila
tapi bila kita bercampur semua
aku rasa sempurna
walau tiap dari kita punya sisi berbeza
tahu kenapa?

kerna tiap satu dari kita menjadi pelengkap cerita
saling melengkap segala.


anyway,happy birthday zira!=]=] 

January 17, 2011

okay, ini pelik.kenapa semua bawak isu sama?? putus kawan segala.=(


buat mereka-mereka yang terperangkap dalam situasi ini
 

biasalah kawan,
kadang-kadang terluku kepala
terpiat telinga
tersembur semua

tapi dalam tiap nagis-tawa
tetap terselit mereka
yang setia tadah telinga
yang rela berkongsi ruang kepala

jadi kenapa mahu padam dia yang dulu pernah ada
hanya kerana pekara habuk semata??

January 15, 2011

PUPUS..


tak perlu untuk sayang manusia
lebih dari sepatutnya
lebih-lebih lagi
yang tak punya tali darah yang sama
kerna mereka juga manusia
pasti pupus rasa
tak kekal didunia

tarik nafas dalam-dalam
 
bila sampai masa
untuk padam semua
pejamkan mata, dan relakan saja..

January 14, 2011

TAK MENGAPA..


tak mengapa..

saya tak tuju pada siapa-siapa
mungkin salah saya
terlampau kemaruk kerja
hingga lupa dunia
lupa segala
tapi bagaimana ya,
dah itu tuntutan nya
sekarang dulu mungkin tak sama

jadi,tak mengapa...


saya memang harap ini dibaca.. 

January 2, 2011

"fasha"



aku tahu kau terasa
aku tahu kau pendam segala
tapi aku tak mampu berbuat apa
cuma aku mahu kau tahu
busuk wangi kau, aku tetap hidu
kerna aku senang berteman dengan mu


December 16, 2010

KAIN BIRU..



zaman ini zaman indah
buat salah tak kisah
maklum lah budak baru belajar melangkah

sibuk masuk pertandingan menyanyi-menari,
ada jugak yang masuk persatuan sibuk undi diri jadi pengerusi
belum lagi yang hitam sebab masuk kawad kaki tak kurang juga lumba lari
ada juga yang melukis,deklamasi puisi dan entah apa-apa lagi
semua habis disertai
bak kata kaunselor kena explore potensi diri.

bila sampai bab belajar liat sekali
dalam kelas tidur sampai keluar air liur basi
kerja rumah semua tolak tepi.
bila ditanya-buku hilang,tertinggal bawah almari tak kurang juga tersilap jadual alasan cliché yang diberi
bila masuk cikgu ganti suasana mati jadi meriah sekali.masyallah, macam buat party

dah besar jadi senior
dok sibuk usyar budak junior
konon nak mencari pasangan diri.
habis satu sekolah scan yang mana berpotensi-junior,senior,pembantu makmal,peniaga kantin pun boleh jadi
untuk dicinta separuh mati,lepas sebulan kau aku benci.
tapi ada juga yang bertahan hingga kini setelah 10 tahun saling mengenali.alhamdulilah,moga kalian cepat diikat akad tok kadi.

cikgu disiplin paling terkenal disini
paling digeruni dan paling banyak dapat maki
pergi sekolah sarung track suit dan baju t
dan mungkin dia cikgu yang paling fit sekali
sebab bersenam walau tak ajar pendidikan jasmani
maklum lah hari-hari kejar budak fly sana sini.

ini belum masuk lagi acara bergusti
sibuk cari puak sana sini
ada tak puas hati terus hentak
yang lain pulak gembira bersorak
angkut masuk bilik pengetua buat muka cuak
hahahahah...biasala budak-budak

bila PMR/SPM lagi beberapa hari
perut kecut,muka pucat
masa tu baru dok sibuk nak jaga hati,
mintak maaf hujung rambut hujung kaki
mula la ligan cikgu sana-sini mintak tunjuk itu ini
mata tak sempat pejam,mulut tak sempat makan
sibuk pergi kelas tambahan, buat latihan tambahan dan segala macam lagi pekara taambahan

sampai masa melangkah pergi
tinggalkan semua kenakalan itu disini
ada yang kerja,sambung study tak kurang juga yang sudah punya anak bini
masing-masing pergi bawak diri
tapi jauh didalam hati sentiasa merindui kain biru yang penuh memori


sangat merindui zaman ini..

November 15, 2010

CLIQUE..




mereka tahu keseluruhan kisah saya
mereka tahu bertapa tongang terbaliknya hidup saya.
berapa kali saya berendam airmata
berapa kali saye menjerit suka
dan berapa kali saya jatuh ditimpa tangga
mereka tahu sengalanya

kini di kiri dan kanan saya masih punya mereka
tetap setia mengelap setiap tangis esak yang ada
mendengar cerita sedih gembira
menjerit dengan semua perkara gila
membuat segala macam pekara memalukan bersama
serius,saya bersyukur punya mereka
yang terima saya seadanya
ya,mungkin kami berbeza segalanya
tap itulah mereka,
harta yang saya jumpa sepanjang hayat yang ada


terima kasih sebab selalu ada untuk saya

November 9, 2010

DAH MATI??




lagi cerita gadis di tipu lelaki
kini terjadi pada teman saya sendiri
teman lelakinya punya gerak geri yang mencurigai
tapi kesahihanya masih belum dapat dipastikan lagi
tak mengapalah, kita lihat apa yang bakal terjadi
harap kawan saye tak terima nasib yang sama seperti diri ini

tak pasal-pasal menagis sepanjang jalan semua orang perhati
ok saya mengaku bodoh sebab percaye dia separuh mati
tapi nak buat macam mana saya perempuan suci
mana tahu ini semua permainan kaum lelaki
tiba-tiba terpikir kat manalah lelaki baik duduk bersembunyi

ke semua dah mati?




All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.