Showing posts with label prose. Show all posts
Showing posts with label prose. Show all posts

September 2, 2012


Entah kenapa ya, kita akan selalu jatuh rindu pada orang yang tak endahkan kita

September 3, 2011

biasa



manusia berubah. dari hari ke hari dari masa ke masa. itu lumrah. tak siapa boleh nafikan. sekalipun hari ini kau bermati-matian mengaku yang kau masih lagi manusia yang sama pada 5 atau 10 tahun yang lalu tapi hakikatnya itu palsu. ya, palsu. mana mungkin citarasa baju kau dulu akan tetap sama hingga ke hari ini, itu contoh yang paling mudah. yalah, setiap hari manusia ini berkembang, belajar ilmu baru; bukan saja dari buku tapi adaptasi dari hidup, dari pergaulan, dari pengamatan yang hujungnya akan membentuk ideologi individu. 

mungkin kita, atau lebih tepatnya saya sendiri harus terima yang ini adalah perkara biasa dalam hidup. sama ada awak atau mereka-mereka yang dekat dengan awak berubah, terimalah sahaja. itu tandanya mereka sedang melalui frasa-frasa  normal dalam hidup mereka.


jadi kita seharusnya tumpang gembira untuk mereka bukan?


August 14, 2011


merah itu rindu
dan sendu itu aku

August 5, 2011

KAU TAHU?



tangisan tanpa bunyi,
itu tangis yang amat perit sekali.


July 5, 2011

teman hingusan


saya terima panggilan dari kawan baik saya yang akhir-akhir ini agak menghilang. serius rindu gila, bila teringat segala macam benda yang saya pernah buat dengan dia,. meniru masa ujian - bergaduh - kena rotan pun saya pernah kena. memang gila. HAHAHA. 

pada saya kawan itu ada banyak pecahanya. kawan yang kita kenal masa pergi kem mengaji-motivasi,kawan masa pergi plkn, kawan yang kita kenal masa masuk universiti, kawan masa zaman matrikulasi, kawan atas kawan atas kawan pun boleh jadi kawan kan. tak kiralah dari label mana pun datangnya mereka, SAYA PERCAYA, SAHABAT ITU MAHAL HARGANYA dan tiap dari mereka itu punya kenangan yang tersendiri yang melekat dalam diri.cuma kawan zaman hingusan ini lain macam sikit kicknya. susah sikit nak dicerita


sebab dia nampak tiap transisi kau dari zaman hingusan hinggalah sampai kau cukup syarat untuk berbini-berlaki.manis bila kita saling berkongsi moment-moment besar dia. gembira kau bila lihat dia sudah bergraduasi - teruja kau dengar cerita dia sudah punya duit sendiri - bahagia kau lihat dia tersenyum disunting menjadi isteri -hiba kau bila dia dijemput tuhan untuk pergi. tiap-tiap moment dia seolah-olah dekat dengan kau, punya nilai sentimental yang kau bawak dari zaman hingusan lagi


tapi yang pasti payah untuk mengekalkan hubungan. bila semua sudah punya hidup sendiri, sudah punya komitment itu ini, tak kurang juga yang secara sendiri mahu undur dan pergi. jadi berapa keratlah sangat yang tinggal, kan?


July 1, 2011

juih


ya,ya...

saya faham saya ini bukan bakal doktor atau jurutera.jauh sekali angkasawan negara. yang perkerjaannya nampak gah dimata. dari zaman jepun dulu sudah dipasungkan ke kepala.

"nak..nak nanti kau besar jadi lowyer, doktor. baru ayah ibu bangga".

mungkin cuma itu sahaja gambaran berjaya yang selalu orang-orang mampu karang dan tiupkan dalam kepala.

ya,saya faham...

itu bukan salah siapa-siapa itu cuma salah tanggap sesetengah orang pada bidang-bidang yang tertentu. kononnya pertanian itu kuno, dan segala yang berkait dengan pertanian itu kuno-sekuno-kunonya. buat apa masuk universiti semata belajar ilmu masak itu ini, duduk kampung tanam cili juga boleh masak tanpa rujuk buku resepi. belum masuk lagi bidang ekonomi, yang mengelar kami kapitalis tak kurang juga yang bilang kami ini tak punya apa fungsi. ya saya faham ini semua masalah persepsi. cuma saya pinta sedikit hormat pada ilmu yang kami timba. kerana walau rumit atau mudah mana ilmu itu, tiap darinya punya kesulitan dan kepayahan yang berbeza parasnya.


ilmu itu seperti cincin; bulat-saling berkait. jadi tidak kiralah apa juga ilmu yang kita timba, atau orang lain timba, walau pada taraf mana sekalipun dia menimba, jangan dijuihkan muka pada ilmu dia.hanya kerana kau tak sedar sumbangan ilmu dia dalam hidup kamu semua.


April 28, 2011

kembali sediakala



kadang-kadang dalam hidup selalu ada yang tersekap jarang pada pada kita, salah sangka dan menghukum kita sewenangnya.kalau kau suami-isteri bercerai berai jadinya, kalau kau teman taulan habis putus semua. sakit bila mereka yang kita percaya yang kita sangka faham kita terlau mudah mengeluar kata tajam pisau. seolah-olah tak pernah kenal antara kita. apa antara kita tak pernah berkongsi rasa, berkongsi rahsia?


mungkin dalam bersahabat atau berteman kebanyakan yang kita jumpa itu berbeza. punya ideologi yang belain dari kita. dia senang begitu dan kau gembira begini. jadi jangan dilihat perbezaan yang kita punya sebagai sesuatu yang mampu menjarakan kita. tapi lihat ia sebagai sesuatu yang dapat mewarnakan hidup kita. sama seperti konsep yang dibawa dalam ekonomi. keseimbangan harga hanya akan tercapai bila permintaan dan penawaran bersilang pada titik yang sama. pada titik bertemunya dua perkara yang berbeza baru seimbang yang dikata.


jangan pernah anggap diri kita jauh lebih baik dari yang lain kerana sebusuk mana orang yang kita jumpa wanginya tetap ada. pernah orang kata, bila kau mampu nampak lut sinarnya sesorang dan mampu menerima compang-capingnya dia. bermaksud kita menerima dia seadanya dia. seluhurnya dia.


saya percaya setiap pertemuan itu punya hikmahnya, dari yang sekeji-keji manusia hinggalah setinggi-tinggi jawatan yang ada. semua sudah tertulis disana. cuma kita manusia acap kali gagal untuk mengesanya. lalu mudah mengata yang semua salah takdir kerana mempertemukan antara kita. kalau kau terjumpa pengemis jalanan sekali pun, itu juga ada hikmahnya. mungkin tuhan menegur kau secara rahsia. supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada. jadi jangan mudah menyesali pertemuan tidak kiralah yang menerbit benci, hiba atau suka. kerna setiap pertemuan itu kita belajar mengenal manusia dan diri kita lalu membaiki buruk hodoh yang ada.



April 23, 2011



saya fikir dengan lari saya boleh ubat sakit dihati. saya fikir dengan pergi saya boleh padam semua yang pernah jadi. siapa sangka dalam waktu saya bersendiri saya sedar sesuatu. sakit itu bukan apa-apa kerana saya punya mereka-mereka yang kasihnya besar pada saya. terlalu besar buat saya. 

terima kasih sakit, buat saya sedar yang saya dikelilingi aura yang sempurna. 


March 17, 2011

KENAN


Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. (Surah Al- Baqarah 216)

bila zaman kain biru saya jauh tertarik dengan biologi dari akaun yang punya debit,kredit dan ABT. bila ditakdirkan saya menjadi budak ekonomi sedangkan minat saya lebih kepada pengurusan perniagaan, bikin niaga juta-jutaan. bila sudah tersurat saya sebahagian dari keluarga monetari dan fiskal, sedangkan hati saya lebih kepada industri dan antarbangsa.

ini konflik hidup saya.apa yang saya dapat, bukanlah apa yang saya benar-benar mahukan. tapi semakin saya menua, saya nampak halus hikmahNya, betapa besar kuasa tuhan itu pada saya, betapa halusnya cara Dia mengatur hidup saya.subhanallah

bila jalan yang Dia lukis buat saya, semakin lama semakin jelas petanya, walau bukan situ tempat yang saya ingin tuju dulu-dulu, jauh sekali saya impi ke situ. tapi ternyat tempat itu adalah tempat yang terbaik buat saya. sungguh, saya belum benar-benar sampai ke situ, cuma nampak samar bayang-bayang unggu tapi saya percaya, jika memang itu yang tertulis buat saya. saya terima kerna Dia Maha Tahu.

alhamdulilah. saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan dengan apa juga yang menimpa saya. paling tidak saya sudah cuba sehabis daya. begitu juga dengan latihan industri saya, saya sudah usaha meneroka sini sana. kalau Dia kenan, disitulah saya berada.


jujur saya kata. semua ini buat saya sedar, walau sebanyak mana yang saya mahu. kalau Dia tak kenan, tak jadi jugakan


February 20, 2011

MARILAH MARI PERGI MENGUNDI..♫~



" kalau anda adalah salah seorang calon yang bertanding maaflah, saya seorang pengundi yang amat sukar dipenuhi kehendaknya "-tahun dua, fep; monetari & fiskal


saya bukan benci demokrasi. cuma saya rasa ia amat cliché sekali terutama bila tiba waktu untuk memancing undi. acara tikam menikam bermula, habis semua calon bogel semua. mana tidaknya sekuman-kuman salah dia habis kau besarkan ke mata semua.


saya lebih suka perhati bagaimana orang-orang seperti ini memukul gendang mereka sendiri. serius bahagian ini amat menarik sekali. tak ubah seperti persaingan diantar dua syarikat untuk mendapatkan tender yang berbilion-bilion nilanya. mungkin kerana tempias jurusan yang saya ambil ini, secara tidak langsung membuatkan saya nampak apa permainan yang orang-orang seperti ini mainkan dan apa yang mereka cuba kaburkan.


sama ada kita A atau B. kita sebenarnya saling memerlukan sesama kita. tak semua yang A buat betul dan tak semua yang B buat salah. kadang-kadang apa yang B suarakan adalah sesuatu yang A terlepas pandang. dan kadang-kadang apa yang A pertahankan adalah sesuatu yang B tidak perasan. lihat betapa ironinya hubungan A dan B ini. saling memerlukan.


Pada saya, politik didalam atau diluar kampus secara teorinya sama. yang berbeza cuma beban tugas yang dipikul. tidak semua mampu tampil kedepan menjadi calon perwakilan. mengorbankan kehidupan normal sendiri, untuk memuaskan banyak hati yang mana mungkin dapat dipenuhi. hebat bukan mereka-mereka ini.

jadi apa lagi, esok jangan lupa mengundi ya.=]=]


February 10, 2011

KAMBING HITAM ITU SAYA...


saya kambing hitam dalam keluarga. dari kecik saya yang paling pelik dalam 6 yang ada.hidup saya sedikit berbeza dari adik,kakak dan abang oleh itu saya selalu dibuli mereka. hanya saya yang memakai kaca mata dalam keluarga selain dari mak dan abah saya. jadi panggilan makcik di usia muda oleh mereka sudah tidak apa-apa pada saya.

begitu juga dengan gigi besi. sudah sebati dalam diri. saya berpeluang merasa sendiri procedure yang selama ini abang dan adik saya lihat di klink gigi. tiap bulan saya rasa excited berjumpa doktor gigi, tak sabar nak lihat warna apa doktor nak bagi pada bracess saya bulan ini. dan tiap bukan juga mereka lihat saya mengalir air mata, menahan sakit, lapar dahaga penangan dari besi yang melekap ini.
dan masa-masa seperti itu memang mereka tunggu untuk tawar saya dengan makanan yang keras terutamanya.

dan ni perkara paling targis yang saya pernah rasa. saya ditinggalkan oleh pemandu bas di tepi lebuhraya. mana mungkin saya lupa, dengan 3 beg berat saya bawak. berjalan kaki mencari jeti. kereta tak henti-henti hon saya macam saya jual barang seludup. saya hanya mampu menagis dan telephone kelurga. dan bila saya kembali ke rumah. saya dibahan tanpa simpati oleh mereka, sampai sekarang inilah modal yang mereka guna untuk membahan saya.kejamkan mereka?

dan hari ini, sekali lagi saya ditimpa benda gila. bila beg duit saya penuh dengan kad-kad berharga hilang tanpa dikesan. puas saya cari, dibilik tidak ketemu,sampai di tong sampah busuk saya geledah guna jari. hanya satu yang saya pikir bagaimana kalau kad saya jatuh ketangan orang yang hitam hati. saya tak mampu buat apa, hanya mampu beritahu keluarga.lantas satu-satu panggilan saya angkat dan terima dari abang dan kakak saya bartapa mereka kasih kan saya.tersentuh sedikit  hati, baik jugak mereka.akhirnya saya kuak peti sejuk beku dan saya ternampak beg duit saya duduk disitu.

untuk pertama kali dalam hidup saya terbayang betapa sukranya bila hilang id diri.dan saya percaya cerita dompet ini PASTI akan mereka guna untuk menghantui hidup saya sampai saya tua nanti dan saya sedar walau sematang saya dimata orang, saya tetap anak manja keluarga. walau segagah mana saya, menagis juga akhirnya biasalah saya perempuan biasa .dan mungkin kerana itu mak ayah tak benar saya belajar nun jauh di hujung dunia sana. kerna saya selalu ditimpa benda gila. tapi tak mengapa, saya sambung belajar di UK juga. cuma UK saya versi malaysia, jadi mudah untuk mereka tolong bila saya ditimpa bala


semua benda yang terjadi  ini buat saya sedar. yang jalan hidup saya penuh adventure dan thrill sekali. tak semua rasa, jadi saya pilih untuk kongsi debar saya dengan mereka, adik,kakak dan abang saya. walaupun kata mereka sekejam hitler saya sudah terbiasa dan saya suka.=]=]

December 29, 2010

THE FACT OF LIFE..


i realize that life is full of choices, where you should make your own decision wisely. there is no one you can blame when you make the wrong choice. it is you that paints your life in this world. there is no turning back and even if you wish ,it is impossible.

life teaches me that think and think not only twice but a couple of times when making decision because we don't want any regrets when the damage has been done. it teach me to accept things planned, maybe God has a reason why He leads you to this difficult experience. it is to test your courage and perseverance and act wisely. it is in our hands what better life we can offer to ourselves.

finally, i learn that no matter what happen, whether we make or not the right decision, let us not be afraid to try. 'A journey of a thousand miles begin with a single step.

December 17, 2010

ABSTRAK..

mungkin kamu punya ilmu seni aras tinggi, lengkap dengan personafikasi dan alitrasi.sedangkan saya hanya menuntut ilmu ekonomi, yang sibuk dengan bermacam dasar mengurangkan inflasi.mungkin tak layak untuk berkata sepatah tentang halusnya seni.jadi maap kalau ada yang tak mengerti.

tapi sebelum ini saya pernah angkat bahasa lain meninggi. sampai saya lupa bahasa sendiri jauh lebih indah sekali. kini saya sedar,setiap pekara punya keistimewaannya yang tersendiri. ia tentang bagaimana kita perhati bukan sekadar memandang membuta tuli. tidak kiralah melalui mata kasar atau mata hati. jika dicari dan diperhalusi pasti kita temu merdu lagunya nanti.

Nah, untuk hari ini. sila baca dengan hati.=]=]
All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.