Showing posts with label tali darah. Show all posts
Showing posts with label tali darah. Show all posts
January 8, 2012
selepas tujuh
setelah kompang dipalu
akad menyatu
hiba menjentik kalbu
bila januari lapan berlalu
tanpa kamu
Labels:
tali darah
December 5, 2011
tali darah
keras manalah rajuk aku dengan dia
nanti bila jatuh tersembam muka
nanti bila luas senyum sampai ke pipi
dia jugak yang aku merangkakjerit cari
hee.
Labels:
tali darah
November 24, 2011
ulang bilang
dan aku hitung hari-hari kita yang ada
sebelum kau duduk jauh disana
sebelum rutin bertukar cara
sebelum hilang teman gila
"hei, aku tetap abang"
dan itu yang kau ulang bilang
Labels:
tali darah
October 4, 2011
selamat melambung topi rata (untuk kali yang kedua) *dengki
setiap kali bila aku tak berdaya berdiri
hampir jatuh, tersembab dari bangunan tinggi
pasti dia yang pertama kemari
erat memaut tangan kaki
mengelap segala duka-amarah dihati - DKAM
hampir jatuh, tersembab dari bangunan tinggi
pasti dia yang pertama kemari
erat memaut tangan kaki
mengelap segala duka-amarah dihati - DKAM

esok dia bakal pakai topi master, kemudian pergi ke luar negara.entah siapa lagi yang tinggal untuk saya disini.
Labels:
tali darah
August 9, 2011
June 13, 2011
lelaki dalam tiap titis darah
hangat gengam tangan terasa,
bingit suara-merdu bunyinya
dalam erat dakap-lekat baunya,
itulah payung pelindung selamanya
lelaki dalam tiap titis darah saya.
************************************
dalam banyak-banyak entry yang saya pernah karang, saya paling suka susuk itu; paling dekat dengan jiwa. tulisan buat lelaki hebat dalam hidup saya. yang omelan garangnya buat saya senang, ledak tawanya bikin saya tenang. walau berjuta kali saya ulang baca; rasa yang singgah pada saya itu, masih rasa yang sama sewaktu saya kait kata buat dia. sungguh. semakin saya menua, semakin saya harap dipinjam tuhan lebih masa.
telah menyambut hari bapa (in advance) .
sangat tak sabarkan?=p
Labels:
hidup,
ringan,
tali darah
May 7, 2011
UNTUK SEGALA, DARI KAMU KE AKU
untuk perit mengendong aku
untuk guris yang pernah ku laku
untuk tiap kasih yang selalu
sungguh aku tak mampu balas wahai ibu,
tempat letak syurga ku.
![]() |
| selamat hari ibu buat mama yang disayang selalu |
Labels:
tali darah
April 12, 2011
BISIK BUAT KAMU
derap hujan jadi lagu
lagu kasih buat kamu
basah kasih meresap,
sejuk rindu mendakap
oh hujan, sampaikan lagu ini buat ibu
tiupkan padanya cinta kami yang tak layu.
Labels:
tali darah
February 26, 2011
MENGAKU JELAH RINDU, TAK JUMPA MEREKA SEMINGGU
saling berjumpa semua
bercanda-bergelak ketawa
mengusik hingga menagis itu biasa
buat kita semua
aku tadah pada Dia
kerna beri aku mereka
yang bisa buat hati ini hangat
dan penuh warna
Labels:
hidup,
tali darah
February 10, 2011
KAMBING HITAM ITU SAYA...
saya kambing hitam dalam keluarga. dari kecik saya yang paling pelik dalam 6 yang ada.hidup saya sedikit berbeza dari adik,kakak dan abang oleh itu saya selalu dibuli mereka. hanya saya yang memakai kaca mata dalam keluarga selain dari mak dan abah saya. jadi panggilan makcik di usia muda oleh mereka sudah tidak apa-apa pada saya.
begitu juga dengan gigi besi. sudah sebati dalam diri. saya berpeluang merasa sendiri procedure yang selama ini abang dan adik saya lihat di klink gigi. tiap bulan saya rasa excited berjumpa doktor gigi, tak sabar nak lihat warna apa doktor nak bagi pada bracess saya bulan ini. dan tiap bukan juga mereka lihat saya mengalir air mata, menahan sakit, lapar dahaga penangan dari besi yang melekap ini.
dan masa-masa seperti itu memang mereka tunggu untuk tawar saya dengan makanan yang keras terutamanya.
dan ni perkara paling targis yang saya pernah rasa. saya ditinggalkan oleh pemandu bas di tepi lebuhraya. mana mungkin saya lupa, dengan 3 beg berat saya bawak. berjalan kaki mencari jeti. kereta tak henti-henti hon saya macam saya jual barang seludup. saya hanya mampu menagis dan telephone kelurga. dan bila saya kembali ke rumah. saya dibahan tanpa simpati oleh mereka, sampai sekarang inilah modal yang mereka guna untuk membahan saya.kejamkan mereka?
dan hari ini, sekali lagi saya ditimpa benda gila. bila beg duit saya penuh dengan kad-kad berharga hilang tanpa dikesan. puas saya cari, dibilik tidak ketemu,sampai di tong sampah busuk saya geledah guna jari. hanya satu yang saya pikir bagaimana kalau kad saya jatuh ketangan orang yang hitam hati. saya tak mampu buat apa, hanya mampu beritahu keluarga.lantas satu-satu panggilan saya angkat dan terima dari abang dan kakak saya bartapa mereka kasih kan saya.tersentuh sedikit hati, baik jugak mereka.akhirnya saya kuak peti sejuk beku dan saya ternampak beg duit saya duduk disitu.
untuk pertama kali dalam hidup saya terbayang betapa sukranya bila hilang id diri.dan saya percaya cerita dompet ini PASTI akan mereka guna untuk menghantui hidup saya sampai saya tua nanti dan saya sedar walau sematang saya dimata orang, saya tetap anak manja keluarga. walau segagah mana saya, menagis juga akhirnya biasalah saya perempuan biasa .dan mungkin kerana itu mak ayah tak benar saya belajar nun jauh di hujung dunia sana. kerna saya selalu ditimpa benda gila. tapi tak mengapa, saya sambung belajar di UK juga. cuma UK saya versi malaysia, jadi mudah untuk mereka tolong bila saya ditimpa bala
semua benda yang terjadi ini buat saya sedar. yang jalan hidup saya penuh adventure dan thrill sekali. tak semua rasa, jadi saya pilih untuk kongsi debar saya dengan mereka, adik,kakak dan abang saya. walaupun kata mereka sekejam hitler saya sudah terbiasa dan saya suka.=]=]
Labels:
prose,
tali darah
February 6, 2011
YA ALLAH,MOGA DIA BAIK-BAIK SAJA
dia masih hijau merasa dunia
ya,allah aku pohon
jangan diduga dia
dengan apa-apa yang tak mampu dikendongnya
anak sedara saya dimasukkan ke hospital secara tiba-tiba,
mohon doa semua moga dia tak apa-apa
Labels:
hidup,
tali darah
February 5, 2011
DALAM KELAT ADA MANISNYA..
setiap kali bila aku tak berdaya berdiri
hampir jatuh, tersembab dari bangunan tinggi
pasti dia yang pertama kemari
erat memaut tangan kaki
mengelap segala duka-amarah dihati
kalau hidup ini gembira sentiasa
hilanglah rasa mencabarnya, kan?
aku tadah pada Dia
kerna hadiahkan aku lelaki sesengal ini
yang mampu cari manis dalam setiap kelat yang ada
hey abang, entah bagaimana aku nanti
bila kau sudah beristeri
Labels:
hidup,
tali darah
January 29, 2011
OMAK DEN MERAJUK LAK AI..
walau mulut ucap tak apa
tapi aku dengar halus sendu dalam suara
aku nampak rindu bila sepurnama tak berjumpa
maaf,anak mu sibuk mengila
assignment beratur panjang berjela
tapi tak mengapa omak, cuti semester den sudah bermula
apa lagi,jom lah balik rumah sambut raya cina bersama keluarga =]=]
tapi aku dengar halus sendu dalam suara
aku nampak rindu bila sepurnama tak berjumpa
maaf,anak mu sibuk mengila
assignment beratur panjang berjela
tapi tak mengapa omak, cuti semester den sudah bermula
apa lagi,jom lah balik rumah sambut raya cina bersama keluarga =]=]
selamat bercuti ya semua!
Labels:
hidup,
tali darah
January 18, 2011
MONOLOG DIRI..
aku harap aku kebas rasa
biar tak terasa apa
biar tak berbekas dijiwa
lebih-lebih lagi dengan mereka,
yang menyuap makan ke perut
yang memeluk erat didada.
yang mengusap lembut kepala
yang gagah melindung segala
kalau mahu,aku boleh lari merata
tapi apalah dunia tanpa mereka
ibu dan bapa=]=]
sudah insaf.taknak buat lagi.
Labels:
tali darah
January 8, 2011
DIA KAN ABANG..
selama ini aku pandang dia sama saja
tak sedar yang dia sudah dewasa
bakal jadi suami orang pula
aku tak terkata apa.
bukan dulu kau kata
biar adik bina rumah tangga, baru kau menyusul pula
mungkin sudah sampai serunya buat dia
dan adik harus relakan saja
demi melihat abang bahagia dengan dia
gadis yang dia cinta
hey abang!
aku mahu kau gembira
walau dulu-dulu kita berkelahi segala
berkongsi segala rasa, payah, duka
dan aku mahu kau tahu
mungkin 1 hari nanti aku akan rindu
segalanya tentang kamu,
abang yang membuli selalu..
T_T...
Labels:
tali darah
December 18, 2010
December 14, 2010
SUSUK ITU..
menatap jauh dari satu penjuru
lantas terlihat susuk itu
begis dilihat muka
kasar dikala bicara
tapi kasihnya tetap ada
lembutnya hangat terasa
manis senyumnya mempersona
dan dia manusia biasa,juga punya air mata
sayu,terkenang dikala hingusan dulu kala
susuk itu payung pelindung
susuk itu gigih menanggung
susuk itu tempat keluh kesah
susuk itu garang menegah
susuk itu peledak tawa tak sudah
kini susuk itu tidak segagah dulu
semakin lama semakin menua
dalam jaga dan pejam,
aku berdoa agar tuhan lindungi mu selalu
mana tahu aku tak punya waktu memulang jasa
oh tuhan pinjamkan aku lebih masa,
untuk dia ingin dilimpah segala yang ada.
Labels:
tali darah
December 5, 2010
HALUS..

tiap darinya punya maksud tersendiri
tulus, luhur dan suci
tak sewenangnya disarung dijari
untuk menjadi tontonan sana sini,
jauh sekali menjadi alat gah diri
atau menjadi tanda harga gadis sunti
biarlah ia manis menghiasi jemari si dia yang layak untuk dinikahi
kerna setiap cincin itu punya maknanya yang tersendiri.
sedang sibuk membuat persiapan pertunangan buat abang tersayang =]=]
Labels:
hidup,
tali darah
November 5, 2010
KIDS ARE AWESOME!!
pingin jadi kanak-kanak
yang bebas berlari
tak rungsing memikir itu ini
yang jujur dalam kata dan rasa
yang naif tentang segalanya
dan yang paling penting hanya tahu ketawa..
Labels:
hidup,
tali darah
October 17, 2010
PENAT!
punya tekanan disana sini
kini saya tak mampu tahan lagi
mau jerit kuat-kuat
mau nagis puas-puas
maaf saya cuba yang termampu
untuk jadi anak yang baik buat ayah ibu
saya telah segala buku-buku
supaya mampu mencedok sedikit ilmu
saya pergi dari kamu
kerna tahu dia sangat kepingin dengan kamu
jadi apa lagi yang permpuan itu mahu?
kamu? sudah diberi
maki? maaf, mulut saya terlalu suci
cukuplah menggangu
saya penat
mahu berehat
jadi jangan dekat
kerna saya tak cukup kuat
Labels:
hidup,
renyok,
tali darah
Subscribe to:
Posts (Atom)
All texts in this blog belong to Specky, unless stated otherwise. Any unauthorized copying, broadcasting, publishing, distribution or alteration is strictly prohibited.






