selama ini aku pandang dia sama saja
tak sedar yang dia sudah dewasa
bakal jadi suami orang pula
aku tak terkata apa.
bukan dulu kau kata
biar adik bina rumah tangga, baru kau menyusul pula
mungkin sudah sampai serunya buat dia
dan adik harus relakan saja
demi melihat abang bahagia dengan dia
gadis yang dia cinta
hey abang!
aku mahu kau gembira
walau dulu-dulu kita berkelahi segala
berkongsi segala rasa, payah, duka
dan aku mahu kau tahu
mungkin 1 hari nanti aku akan rindu
segalanya tentang kamu,
abang yang membuli selalu..
T_T...
1 comment:
terharu, terima kasih!
Post a Comment