apa mungkin akan sampai dalam satu sukuan hidup ini,satu saat yang kau sendiri tak akan faham dengan diri kau sendiri. bagai ada pergolakan yang besar dalam diri; tentang diri kau, tentang orang-orang dikeliling kau, tentang serba serbi. seolah-olah benang yang kusut berpintal,tak temu mana hujung mana awal.
walau dihujan riuh panggilan, walau dihantar peringatan percuma biru laman, walau berdepan topeng palsu kasihan, walau dikanan dan kiri punya teman dan famili yang mendukung rapat tapi, satu-satunya perkara yang paling kau mahu adalah bersendiri, bersendiri dan bersendiri. cuma itu , ruang untuk diri bersendiri.
jaga diri.jumpa lagi bila aku kembali
1 comment:
pergilah..pulihkan hati dan kemudian kembali. jgn biar lama dinnt hadirmu kembali
Post a Comment